skip to Main Content

Kolej Teknologi MEA

Kolej Teknologi MEA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta serta penyedia latihan kemahiran dengan aspirasi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti kepada negara melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada individu yang berusaha untuk kecemerlangan akademik dan kemahiran.

Dengan pengalaman dari tahun 2002 dalam menyediakan latihan kemahiran kepada lepasan SPM, Kolej Teknologi MEA adalah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta berdasarkan latihan teknikal. Kolej Teknologi MEA telah membuktikan bahawa latihan teknikal berdasarkan 70 % praktikal dan teori 30% telah membawa kepada pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif dan pendekatan yang sama digunakan dalam program diploma (akademik) yang ditawarkan oleh kami.

Selain menawarkan program di bawah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, Kolej Teknologi MEA juga memberi tumpuan kepada latihan kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Kolej Teknologi MEA lebih tertumpu kepada kursus-kursus yang berkaitan untuk memenuhi permintaan pasaran semasa dan masa depan dengan memberi penekanan dalam bidang Senireka Grafik, Media Kreatif & Mekatronik.

 

Kolej Teknologi MEA merupakan pusat kecemerlangan yang menyediakan platform kepada pelajar untuk bersaing di peringkat global.

Back To Top
Close search
Search

fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer