fbpx skip to Main Content

RITAKAMAL SADIMAN

Ketua Program, Diploma Digital Entrepreneurship

Usahawan yang telah berjaya lebih 40 tahun dalam pelbagai industri.

Beliau telah banyak menjalankan program pembangunan keusahawanan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan kementerian

Pengenalan program

Perkembangan teknologi digital yang pesat membangun , kini telah mengubah lanskap dan membentuk persekitaran perniagaan baharu. Maka usahawan-usahawan muda perlu merebut dan mengambil kesempatan dengan menggunakan teknologi baru untuk mencipta model perniagaan baru, menerokai dan mengatur strategi lautan biru(blue ocean), mempertingkatkan perniagaan, dan pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi digital ini.

Program ini dibawa oleh pensyarah-pensyarah di kalangan usahawan berjaya yang akan mengajar bidang pengkhususan & kepakaran bersesuaian dengan tagline program ini “Dari Usahawan, Untuk Usahawan”. Pelajar bakal mempunyai perniagaan sendiri seawal tahun kedua. Setiap subjek pengajaran dibangunkan untuk menghasilkan keputusan serta-merta yang akan memberi manfaat kepada pelajar dan membolehkan mereka menjana pendapatan segera.

Melalui program ini, pelajar akan ‘dipimpin dan dibawa’ melalui proses-proses kritikal keusahawanan, dari idea ke pasaran, dari kosong sehingga jana pendapatan pertama.

Jadikan impian anda satu perjalanan menuju kemerdekaan diri dan realisasikan potensi anda.

JOM sertai Program hebat ini!

Tempoh pengajian

2 tahun 6 bulan (7 semester)

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dan ATAU O levels dengan minimum PNGK 2.0 ATAU Lulus Sijil (peringkat 3) miniumum  CGPA 2.00
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

"Peluang untuk berjaya"

Back To Top
Close search
Search

fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer